Sunday, January 30, 2011

5 Cara Menarik Hati Jurulatih Sofbol Anda

Bila bertemu jurulatih buat pertama kali dalam latihan atau percubaan, menjadi keinginan pemain untuk menarik perhatian dan menunjukkan gambaran yang baik terhadapnya.  Di sini, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan tanpa melakukan balingan bola atau hayunan pukulan.  Lima cara yang bukan merupakan kemahiran sofbol untuk mendapatkan pandangan yang baik dan markah yang tinggi di mata jurulatih.

1. Berada Tepat Pada Masa dan Bersedia

Salah satu cara untuk memulakan sesi latihan yang hebat dengan tiba di padang tepat pada masanya dan bersedia untuk berlatih!  Siapkan peralatan anda di tempatnya, sedia dengan sarung tangan, stokin dan kasut sebelum sesi latihan bermula.  Seorang pemain yang tidak bersedia dengan peralatan seperti beg, kasut dan stokin bila jurulatih telah bersedia memulakan sesi latihan tidak akan menunjukkan gambaran yang baik sebagai pemain.  Anda hanya mempunyai satu peluang untuk menunjukkan pandangan pertama yang baik untuk memastikan anda bukan pemain yang tergesa-gesa pada permulaan sesi latihan.  Berada di tempat latihan pada masanya dan bersedia dengan permulaan yang baik di mata jurulatih.

2. Mempunyai Sikap yang Positif

Satu cara lagi, jurulatih menyukai pemain yang mempunyai sikap yang positif dan keghairahan terhadap apa yang anda lakukan.  Pemain yang sanggup menyahut cabaran dan benar-benar suka berada di atas padang akan sentiasa menonjol.  Pada masa yang sama, pemain yang membongkokkan bahunya, sentiasa kelihatan marah dan sedih, berketrampilan buruk dan menarik kaki di atas padang akan menimbulkan rasa kurang senang jurulatih.  Walau bagaimanapun, pemain yang merasakan padang adalah tempat yang menggembirakan dan benar-benar melihat ke hadapan terhadap apa yang diminta oleh jurulatih adalah seseorang yang akan diingati sebagai seorang yang bersikap positif. 

3. Berikan Usaha Terbaik Anda 

Cara lain untuk menarik perhatian jurulatih dan membina padangan yang positif ialah bermain bersungguh-sungguh di sepanjang masa latihan.  Pemain yang cuba melakukan terbaik tidak kira senang atau susah sesi latihan itu, tidak kira siapa yang melihat atau tanpa dilihat adalah sukar untuk diketepikan.  Hal ini merupakan tunjang ke arah menyukai permainan sofbol dan apa yang anda lakukan di atas padang.  Bila anda benar-benar seronok bermain sofbol, anda akan lebih cenderung untuk memberikan yang terbaik di sepanjang masa latihan.  Hal ini adalah sesuatu yang diharapkan dan ingin dilihat oleh seseorang jurulatih.  Jikalau anda boleh lakukannya, anda akan menjadi seorang pemain yang jurulatih mahukan dalam pasukan.  Bermain bersungguh-sungguh, lakukan sehabis baik dan berikan usaha yang terbaik, tanpa mengira apa keadaan pun sesungguhnya akan memberikan pandangan yang baik kepada jurulatih.

4. Mendorong dan Menggalak

Seorang pemain yang boleh berinteraksi secara positif dengan rakan sepasukan secara berkesan dengan mendorong dan menggalak mereka, menjadi aset bernilai kepada pasukan.  Jikalau anda boleh mendorong dan menggalak pemain lain, membantu mereka melakukan lebih baik, dan meningkatkan permainan mereka, sudah tentu akan menarik perhatian jurulatih anda.  Hal ini bukanlah sesuatu yang semua pemain boleh lakukan atau cuba lakukan.  Kebanyakan pemain hanya bimbang untuk meningkatkan mutu permainan mereka dan memastikan mereka kelihatan dan bermain dengan baik.  Tidak semua pemain sedar perlunya menjadi pengaruh positif ke atas rakan sepasukan mereka dan membantu mereka meningkat ke tahap yang lebih tinggi.  Kenyataannya, beberapa pemain lakukan sebaliknya, mereka boleh menyebabkan pasukan kalah dengan sikap negatif mereka.  Jikalau anda pemain yang sebaliknya dan membantu meningkatkan pencapaian rakan sepasukan anda, ia akan memberi anda kelebihan berbanding pemain lain yang tidak boleh, jangan dan tidak mahu.  Jurulatih lebih perlukan pemain yang boleh mendorong dan menggalakkan pemain lain dalam pasukan mereka berbanding mereka yang menjadi penyebab kepada kekalahan.

5. Menghormati Orang Lain

Pemain yang menghormati rakan sepasukan, jurulatih dan kedua ibu bapa, keluarga dan juga peralatan mereka adalah biasanya jenis pemain yang dicari oleh jurulatih.  Bagaimana anda berinteraksi dengan ibu bapa dan keluarga, banyak memberitahu jurulatih tentang bagaimana anda akan berhubung dengan rakan sepasukan dan jurulatih (juga umpire dan pihak lawan).  Bagaimana anda menjaga peralatan sofbol dan uniform memberitahu jurulatih bagaimana anda menghormati diri anda, permainan dan orang lain.  Pemain yang boleh menghormati diri sendiri dan orang lain biasanya dapat menyesuaikan diri dalam pasukan dengan baik.  Jurulatih tidak menyukai mempunyai pemain yang bermasalah dalam pasukan mereka.  Jikalau ia datang dengan bersama pasukan dan siapa yang melakukan terbaik dalam pasukan, jadilah pemain yang paling sesuai, bukan seorang pemain yang jurulatih lihat sebagai bermasalah atau pengganggu.  Seorang pemain yang menghormati akan menimbulkan pandangan positif berbanding pemain yang tidak.

Ingatlah, bakat dan kebolehan fizikal hanyalah satu bahagian dalam permainan sofbol.  Terdapat banyak lagi aspek yang perlu ada untuk menjadi pemain yang hebat berbanding hanya menguasai kemahiran sofbol.  Usahakanlah untuk menguasai lima cara ini sebagaimana anda cuba menguasai kemahiran sofbol anda dan anda akan mendapat peluang lebih baik untuk mendapatkan pandangan yang baik jurulatih anda.  Melupakan lima cara ini dalam permainan sofbol dan anda meletakkan diri anda dalam keadaan serba kekurangan.

Artikel adalah diambil dan diterjemahkan daripada hasil tulisan Stacie Mahoe, pemilik AllAboutFastpitch.com


Saturday, January 29, 2011

Padang Sofbol

Definisi:  Padang permainan Sofbol adalah kawasan di mana bola boleh dimainkan dan dipadangkan secara sah.  Sesuatu bola dianggap di luar padang permainan bila ia menyentuh tanah, orang atau objek yang berada di luar kawasan permainan itu.

Jika semasa permainan sedang berjalan, didapati jarak antara bes atau jarak picing adalah salah, kesalahan ini hendaklah dibetulkan pada permulaan ining yang lengkap berikutnya dan permainan itu diteruskan.

Berikut adalah pelan lakaran asas bagi padang sofbol untuk panduan anda:

Pelan 1



 Pelan 2



Pelan 3






Sumber:  Buku Undang-Undang Sofbol ISF 2002 - 2005.