Thursday, November 4, 2010

Kemahiran Asas Sofbol 5: Pitching

Pitcher dan Catcher adalah merupakan tulang belakang kepada sesuatu pasukan.  Kejayaan sesuatu pasukan adalah bergantung kepada prestasi pitcher daripada mula hinggalah berakhirnya sesuatu perlawanan.  Oleh sebab itu, pasukan yang mempunyai pitcher yang baik dan handal dengan sokongan padu daripada pemain-pemain lain sudah tentu mempunyai peluang yang lebih untuk menang.
Oleh sebab yang demikian, pitcher hendaklah sentiasa menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap permainan serta mengambil masa yang lebih dalam melakukan latihan pitching serta bersungguh-sungguh pada setiap sesi latihan.
Gaya Pitching
Terdapat dua gaya pitching iaitu:
1.        Gaya Ayunan (Slingshot).
2.       Gaya Kipas angin (Windmill).
Gaya Kipas Angin (Windmill) adalah satu gaya yang biasa digunakan oleh kebanyakan pitcher.  Gaya ini lebih pantas kerana momentum terbentuk daripada lakaran yang lebih besar.
Cara Melakukan Pitching
Gaya Ayunan (Slingshot).
Cara gaya ini hampir sama dengan cara gaya kipas angin.  Perbezaan yang wujud hanyalah dalam bentuk ayunan tangan.  Gerakan badan selepas tangan dihayun adalah sama dengan cara gaya kipas angin (Windmill).
1.1   Berdiri dengan betul dan luruskan tangan yang memegang bola.
1.2   Tarik tangan yang memegang bola ke belakang sehingga melepasi paras bahu sambil melentikkan pergelangan tangan.
1.3   Langkah kaki kiri selangkah ke hadapan dan tarik kaki kanan sambil melakukan ayunan tangan yang memegang bola.  Kepirkan bola semasa melintasi sisi peha.
Gaya Kipas Angin (Windmill).
2.1   Sebelum melakukan pitching, pitcher dikehendaki mengasingkan tangan yang memegang bola dengan sarung tangan (glove) sebelum memasukkan bola ke dalam sarung tangan.
2.2   Kedua-dua belah kaki pitcher hendaklah memijak plet sambil membongkokkan sedikit badannya.
2.3   Langkah kaki kiri ke hadapan sambil menarik tangan yang memegang bola ke atas supaya dapat membuat satu bulatan besar.
2.4   Semasa tangan berada di atas, ia hendaklah dibengkokkan sambil memusingkan badan ke kanan sedikit.
2.5   Teruskan ayunan dan apabila tangan yang memegang bola melalui sisi peha pitcher hendaklah melepaskan bola tersebut.  Pada masa yang sama, pusingkan semula badan ke kanan.

3 comments:

  1. saya perlukan lebih maklumat tentang kemahiran memadang... saya ingin tahu kemanakah bola perlu dibaling berdasarkan pelari yang ada di bes tertentu

    ReplyDelete
  2. Kemahiran memadang
    1. Jika semua bes kosong, cacther/pitcher perlu membaling kepada first base
    2. Jika first base ada pelari, bermain cara double play iaitu bola dibaling ke second base dan second base baling ke first base.
    3. Teknik double play jika dapat dilakukan dengan baik boleh mengeluarkan 'out' dua pelari serentak.

    Harap dapat membantu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Kemahiran memadang 2
    1. Jika first base, second base ada pelari, pitcher/catcher serta short stop kena alert, balingan yang menguntungkan dan pastikan runner 'out' dan tidak dapat lari ke home.

    Thank You.

    ReplyDelete